Thursday 19 December 2013

Ikan Siakap Kukus Sos Thai Pedas

Asalamualaikum, salam siaran...

Petang ni ingat mak lagiii....rindu sangat kat mak, namun nak balik kampung hubby tak free sebab hujung minggu ni dia ada final exam untuk semester niii.  Anak lelaki sulung pulak exam pada 31 hb ni nanti.  kita dah habis exam semalam last.... paper Muzik.  Susahlah pulak paper tu soalan banyak tentang alat muzik perkusi....macammana nak tiunning dram, mcmmana nak pukul dram...teknik double stroke, ruff, flam, paradiddle, triplet.....and cammana nak cipta rentak untuk pukul dram...Augmentation, Retrograde....haha....sib baik soalan esei semua boleh jawab...hikhik....

Hari ni nak tulislah resepi ikan siakap stim sos thai pedas niii...  Sebenarnya dah beberapa kali masak ikan kukus ni sbb kalau masak tu cepat jerr siapnya, tapi nak masuk blog asyik tak sempat je nak amik gambar sebab...haha...anak-anak terus je makan...hehe...  Cammana nak amik gambar tu...dah tinggal tulang...hikhik...  Dulu pernah masak ikan kukus ni tapi macam tak berapa sedap jerr...

     Rupa-rupanya.....masak ikan stim nii....kena kukus ikan tu...dahulu, cuma tabur hirisan halia je... dan jangan letak apa-apa, sebab ikan tu akan mengeluarkan banyak air nanti dan akan menyebabkan rasa sos yang dikukus bersama ikan cair dan tak sedap....jadik tawaq-hebeh....hikhik...  Jadi kenalah kukus ikan sahaja dan buatkan sosnya kemudian dalam kuali, masukkan sekali air ikan yang keluar masa kukus ikan tu....dan masak sampai pekat....baru tuangkan pada ikan....haaa....sedaplah.  Garenti anak-anak minta buat lagi....janganlah malas pulak nak masak ya...hehe...

     Ikan siakap niii....selalunya kita masak tiga rasa jer..kan3x.  Masak kari memang kurenggg..., masak cili padi pun tak tau kenapa kurang sedap.  Kalau masak cilipadi tu sedapnya pakai ikan tengiri jerrr....lah ya...  Siakap ni masak kicap ke....sambal ke....memang tak berapa sedaplah. Hemmm.... lepas nii kalau namanya ikan siakap tu...masak kukus dengan sos ya....  Ikan tu lembut dan sangat berkhasiat tau....cubalah ya....  Wah...memanglah penulis ni pandai merapu.....panjang lebar lagi....hehe...
Selamat mencuba ya....


Resepi Siakap Stim Sos Thai





Bahan-bahannya:-

*  1 ekor ikan  siakap
*  1 senduk cili kering blender
*  4 sudu besar sos Thai brand Lingham.
*  4 sudu besar sos cili Life...
*  3 sudu besar sos tiram
*  3 sudu besarr sos lada hitam (Puteri)
*  Bawang besar 1 biji, bawang putih 4 biji dan halia 2 inci
*  2 biji tomato hiris kecil-kecil
*  1 batang serai titik
*  7 ulas cili padi yg dititik ( jika suka pedas)
*  sedikit air asam jawa, daun ketumbar, garam, gula.


CARA-CARA MEMBUAT:-

       1.  Ikan siakap kerat dua, cuci bersih dan rendam dgn air asam jawa, dan cuci semula.
       2.  Tuang minyak sedikit dalam loyang, letakkan ikan dan kukus 25 minit.
       3.  Guna kuali lain untuk masakkan kuah.  Tumiskan bawang besar hiris, bawang putih dan halia yg
            dititik, cili padi.
       4.  Setelah bawang agak layu, masukkan cili kering blender serta segala jenis sos dan masak
            sampai terbit minyak.
       5.  Masukkan air asam jawa, tomato hiris, garam, secubit gula dan air ikan yg dalam loyang
            kukus ikan tu ya...
       6.  Masukkan secawan air dan tutup kuali.  Masak sampai kuah pekat dan perasakan.
       7.  Letakkan ikan dalam pinggan dan tuangkan sos atas ikan serta taburkan dengan daun
            ketumbar atau daun bawang....dah siap...

            P/S   Jom makan!...hikhik..



No comments:

Post a Comment