Tuesday 9 July 2013

BISKUT TART NANAS

Salam siaran....

Cuti sekolah pertengahan tahun baru saja habis.  Seronoknya dua minggu cuti tapi baru hari ni nak update blog hehe....gara-gara semalam buat biskut tart nanas. Kesiannya....sebenarnya jem nanas tu dah dibuat masa nak raya tahun lepas...haha...  Punyalah berangan nak buat kuih raya.  Biasanya biskut tart menjadi biskut yang wajib  so mula-mula belilah tiga biji nanas.  Malangnya nanas tu terbiar tiga/empat hari sampai sangkakan nanas tu dan rosak, kemudian belilah semula nanas lagi dua biji dan terus nak buat jem.  Tengok2  nanas yang tiga biji tu elok lagi rupanya hanya kulitnya saja bertukar warna...haha...  Jadilah jem nanas tu lima biji kesemuanya...mcm mak andeh punya kerjakan....kan...hehe...  Yang uniknya rasa jem tu tak berubah langsung dan masih elok...namun panaskan semula takutlah pulak dan baru buat biskut.  Tulah kalau jem nanas tu mengandungi gula yang betul-betul cukup,pasti ianya akan tahan lama dan tidak mudah berkulat.  lagi sebulan nak sambut puasa, bolehlah nanti kawan-kawan cuba buat biskut resepi saya ni ya yang sudah diubah suai iaitu guna tiga jenis tepung.  Tepung kastard tu nak beri warna yang cantik pada biskut juga biskut akan menjadi lebih rangup. Manakala tepung jagung pula untuk menambahkan kerapuhan biskut dan agar rupa biskut tu cantik tak jadi kembang.  Jika tiada tepung jagung corak jalur pada tart gulung akan hilang dan jadi tak cantik pula biskut tu... Ya ke...haha...belasah je..lah...y




Bahan Jem Nanas
2 biji nanas
400g  gula pasir
Sekeping kulit kayu manis dan
Sedikit bunga cengkih
Sedikit gula batu
Esen oren/ kordial oren
P/s Untuk bilangan nanas yg lebih, gandakan sukatan ya..  Gula pasir harus lebihkan skit agar jem tak
mudah berkulat.

Cara Membuat Jem Nanas:-
Blenderkan nanas yg dibuang tulang tghnya.  Toskan air namun jgn terlalu kering.
Masakkan dengan bahan2 di atas sehingga pekat dan kering. Kacau selalu jgn sampai hangus.



Resepi Biskut Tart Nanas.
Bahan2nya
1 Buku buttercup (250gram)
1 biji telur
50gram gula aising
100gram tepung kustard
100gram tepung jagung
200gram tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuatnya:-
1.      Butter, esen vanilla, gula dan telur dipukul hingga rata, tak payah pukul lama.
2.      Masukkan tepung kastard dan gaul rata.
3.      Masukkan tepung jagung pula dan diikuti tepung gandum.
4.      Gaul rata dan boleh tambah tepung gandum jika rasa terlalu lembut,
      sehingga boleh dibentuk, dicanai dan terap dengan acuan yang digemari.
5.      Letakkan inti jem nanas.

No comments:

Post a Comment