Sunday 12 May 2013

Selamat Hari Ibu

Salam siaran,
         Selamat hari ibu...pada ibu-ibu di luar sana, semoga sentiasa tabah dan semakin disayangi oleh famili ya...  Hari ni hari ibu, perkara utama dalam fikiran kita mestilah terbayang wajah ibu yang melahirkan kitakan.  Ibu yang membesarkan kita, yang menjahit baju sekolah kita, yang menjahit baju raya kita, yang memasakkan makanan untuk kita....sedihnya.  Bila dah berumahtangga, kita tak bebas buat keputusan, kalau boleh kita nak berada di hadapan ibu kita, nak tatap muka ibu kita, nak salam tangannya, nak cium tangan...dia, namun hanya ingatan sahajalah.  Harap ibu dapat rasakan kasih sayang anaknya yang tak terhingga terhadapnya.  Selamat hari ibu mak...sayang sangat kat mak tau...hukhuk...  Mak sentiasa di hati....semoga mak tabah hati dengan dugaan hidup di dunia ini dan sentiasa dirahmati Allah swt selalu...  Mak rindu sangat nii...kat makkkkk.....hikhik....  Lagi dua minggu cuti sekolah bermula...nanti balik kampung jumpa mak ya...dan masakkan macam-macam makanan kegemaran mak.  Mak tu dah tua sangat, dah tak sama macam dulu, dah tak larat nak masak, so dia suka sangat makan masakan anaknya...terharunya..... Biasanya saya akan masakkan nasi beriani, ayam masak beriani/masak merah dan kek/muffin atau puding.  Mak memang suka sangat puding kelapa, puding kastard atau dadih....laichi yg dalam tin tu...



         Pagi ni...pagi Ahad so bangun agak lewat skit.  Selalunya anak-anak bangun lewat, tapi pagi ni...seorang-seorang datang kat bilik dan kata...'ibu...lapar...'  Saya pun bangun dan siap-siap nak ke dapur segera.  Oh...ada kek besar sekotak kat atas meja makan di dapur...patutlah...hehe...  Bahgianya punya anak-anak yang menyayangi diri kitakan...kan...  Terima kasih Tuhan atas kurniaanmu...terima kasih anak-anakku...sayang sangat kat anak-anak ibu semua...  Semoga kasih sayang kamu semua berkekalan terhadap ibu ya...sedihnyer....




No comments:

Post a Comment