Sunday, 7 April 2013

Nasi Briani and Ayam Masak Beriani

Asalamualaikum...  Apa khabar kawan-kawan.  Hari ni rasa rajinlah pulak nak menulis kat sini....hari minggu nii...  Biasanya mesti nak keluar jalan-jalan dengan famili tapi... memandangkan exam dah dekat sangat...tak bolehlah...  Kena duduk rumah je...lah... nampaknya.  Jadi nak hilangkan rasa boring tu...nak tulislah resepi nasi beriani ni.  Sebenarnya Jumaat yang lalu hari jadi anak perempuan saya.  Biasanya saya akan makan- makan di luar untuk celebrate, tapi masa suntuk...semua ada agenda masing-masing nak buat...tak nak keluar so suami hanya belikan kek aiskrim sahajalah dan semalam belanja makan pizza, hari ni pulak rasa nak masakkan anak-anak nasi beriani.  Tadi ada kawan pulak telefon dan minta masukkan kat fb resepi nasi beriani nii...so dah janjilah pulak...kenalah tulis kan...kan.... 




Maaflah...saya ni peminat rempah beriani dari Johor.  Ada kakak sulung duk di Batu Pahat, adik lelaki duk kat Kempas, Johor Baharu so kalau terjebak ke Johor tu...mestilah  singgah dan beli rempah-rempah ni buat stok,  samada kat Batu Pahat/Muar....memang best....hehe...  Kalau tak da rempah tu bolehlah guna rempah beriani ADABI, jangan sekali2 guna rempah beriani paket India punya....rasanya pelik sangat hehe....

RESEPI AYAM BERIANI

BAHAN-BAHANNYA:

seekor ayam 
2 senduk rempah beriani 
susu cair 1/2 cawan
2 biji bawang besar  potong dadu *
3 biji tomato potong dadu *
7 iji cili besar hijau dibuang biji dan kerat 3 *
15 tangkai cili kering *
5 ulas bawang putih *
2 inci halia hiris *
1 senduk tomato puri
1 cawan yougart 
1/2  caw minyak
1 1/2 caw air
cili kering blender 2 senduk
penumis (kulit kayu manis dan 4 sekawannya)
air asam jawa, garam, gula secukup rasa
Bahan utk goreng ayam:   kunyit ketul 3 inci, bawang putih 3 ulas, halia 1 inci dan serai hiris (bhg yg putih), serbuk rempah kari 1 sudu besar, serbuk lada hitam skit serta garam

Cara Memasak:-

1.  Basuh ayam dgn asam jawa campur tepung, rendam 20 min dan toskan.
2.  Bahan utk goreng ayam kunyit ketul, bwg putih, serai hiris dan halia blender dgn skit air 
     dan gaulkan dgn ayam beserta serbuk rempah kari serta serbuk lada hitam dan 
     garam.  Goreng separuh masak sahaja ya.

3.  Bahan-bahan di atas yang bertanda bintang hendaklah diblenderkan bersama dan 
     gaulkan dengan rempah beriani ( rempah beriani kambing sebenarnya....hehe...) juga 
     dengan susu cair....gaul rata.
4.  Panaskan 1 cawan minyak (guna minyak goreng ayam je.. baru sekali guna...), tumiskan   
     bahan penumis 4 sekawan, bahan2 yang diblenderkan, tomato puri, skit susu cair 
     dan garam.  kacau rata dan kacau selalu sbb takut hangit....
5.  Masukkan ayam yg telah digoreng separuh masak tadi....kacau rata.
6.  Masukkan sebiji bawang yg dibelah 4, sebiji tomato hiris serta 
     air asam jawa/perahan limau dan gula 1 sudu kecil/madu (jika ada), kismis skit serta air 1      1/2 cawan.
7.  Masak sampai terbit minyak atau kuah pekat, perasakan garam.

p/s:  SETELAH MASAK LAUK BAHARULAH TUMISKAN NASI YA....





RESEPI NASI BERIANI

BAHAN-BAHANNYA:-
1 kg beras moghul (Faiza....) basuh bersih dan rendamkan sebelum mula masak lauk.
2 biji bawang besar hiris
1 inci halia hiris
3 ulas bawang putih hiris
penumis 4 sekawan....kulit kayu manis,cengkih, bga lawang dan buah pelaga.
1 senduk rempah beriani (khas utk nasi ada sebenarnya kat Johor hehe....)
2 senduk Buttercup/planta campur skit minyak goreng ayam 1 senduk.... (utk 
kesihatan guna butter low fat dan minyak bunga matahari)
segenggam/1 kotak kecil kismis 
1/2 caw susu cair
daun pandan
daun ketumbar seikat
bawang goreng
pewarna kuning telur/kaskas (susah nak carik...)

Cara Memasaknya:


1.  Beras tadi dah basuh dan rendam ya.....
2.  Panaskan butter dlm periuk,  campur skit minyak goreng ayam tadi dan tumiskan 
     penumis 4 sekawan.
3.  Masukkan bawang besar, halia dan bawang putih hiris, kacau sampai bangkit bau...
4.  Masukkan rempah yg dicampur dengan susu cair, daun pandan, kismis, garam...
5.  Kacau selalu, setelah rempah terbit minyak dan wangi masukkan 6 cawan air.
6.  Setelah mendidih masukkan beras, jgn masuk pulak air rendaman beras ya...
7.  Setelah masukkan beras, tutup periuk sampai nasi masak separuh masak/hampir
     masak.  angkat periuk.
8.  Salin nasi tadi dalam bekas lain.
9.  Guna periuk tadi (rice cooker), masukkan sebahagian nasi yg separuh masak, ratakan.
10 TUANG SUSU CAIR skit, titikkan skit pewarna kuning, letakkan pula lauk yg dah masak 
      tadi dlm 4 ketul dgn skit shj kuah, separuh  hirisan tomato, hirisan daun ketumbar dan 
      bawang goreng.
11 Masukkan nasi yg baki tadi kesemuanya dan ratakan.....
12 Sama cara di atas...TUANG SUSU CAIR SKIT, titikkan skit pewarna kuning, masukkan 
     lauk dalam 4 ketul dgn skit kuah, hirisan lagi separuh tomato, hirisan daun ketumbar, 
     dan bawang goreng.
13 Akhir  sekali tutup semula periuk dan masak semula...sampai nasi betul2 masak.

P/S:  Memang mencabarkan nak masak nii....tapi memang sedap tau....

Ok untuk sayur yg termudah.....  Guna nanas separuh, timun sebatang, bawang besar sebiji  cili hijau sebiji, garam dan gula skit.  Apa lagi...buatlah sayur jelatah jerr....haha
Nanas dan timun hiris nipis dan kecil-kecil.  Bawang besar pun hiris halus.  Cili hijau buang biji dahulu dan hiris halus masukkan sedikit garam dan gula gaul rata.  Buat sayur ni sebelum mula masak lauk dan simpan dlm peti sejuk ya....mudah je....




P/S:  Jangan lupa ya....gorenglah popedom sekali....hehe...dan simpan dlm tupperware.

















2 comments:

  1. salam,kak rahimah,kalau modified gune beras biase boleh dak?hi3

    ReplyDelete
  2. salam,kak rahimah,kalau modified gune beras biase boleh dak?hi3

    ReplyDelete